Operasi Memburu Komet Lulin

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil dalam operasi memburu Komet Lunin selama 3 hari berturut-turut bermula 24 Februari 2009
Komet Lunin
Pleiades
Orion Nebula
Milky Way
Saturn dan 4 bulannya

Syarahan Umum: You are Made of Star Stuff

Satu syarahan umum akan diadakah di Planetarium Negara seperti butiran berikut:

Tarikh: 25 Februari 2009
Masa: 10.00 - 11.30 pagi
Penceraman: Prof. Dr Dame Joselyn Bell Burnell
Tempat: Teater Angkasa, Planetarium Negara

Orang ramai dijemput hadir

Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra

Klik gambar untuk besarkan

Pada 9 Februari yang lalu, Planetarium Negara telah menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra bermula pada 8:30 pm sehingga tengah malam. Sebanyak 6 teleskop telah disediakan untuk kegunaan orang awam oleh ANGKASA, Falak Online, Persatuan Star Finder dan Persatuan Prostar KL. Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain telah diadakan seperti taklimat gerhana bulan, kuiz astronomi, lawatan ke galeri pameran, tayangan filem "SOS Planet". Dianggarkan sebanyak 500 pengunjung telah membanjiri Planetarium Negara untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumra ini.

National Islamic Astronomy Sysposium (NITORS) - UIA GOMBAK

Pameran National Islamic Astronomy Sysposium (NITORS) yang telah berlangsung di UIA Gombak, Selangor pada 31 Januari sehingga 1 Februari 2009.


Pencerapan Gerhana Matahari Separa di Lampung, Indonesia

Pada 26 Januari 2009, sebahagian daripada staf ANGKASA telah menjalankan pencerapan di Lampung, Indonesia.
Aktiviti tracking Gerhana Matahari Separa sedang dijalankan
Keadaan cuaca yang kurang memuaskan.
Staf-staf ANGKASA yang menjayakan program pencerapan gerhana Matahari separa diLampung, Indonesia