PROGRAM GERHANA BULAN SEPARA 1 JANUARI 2010 DAPAT SAMBUTAN HANGAT

Program Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara yang berlangsung di ambang tahun baru 2010 iaitu mulai jam 1.00 hingga 6.00 pagi disertai hampir 1500 orang awam.

Program yang diadakan di Perkarangan Luar Masjid Negara (berhampiran tapak expo) ini turut dihadiri oleh Y.Bhg Tan Sri Syaikh Hj. Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara, Pn. Azreena Ahmad, Pengarah Bahagian Pendidikan & Sains Angkasa (ANGKASA), dan Tuan Haji Othman Bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Kira-kira 10 buah teleskop disediakan untuk memastikan orang awam berpeluang menyaksikan fenomena ini secara lebih dekat. Antara pihak yang terlibat dalam menyediakan kemudahan teleskop ialah ANGKASA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Persatuan Astronomi Star Hunter dan Persatuan Falak Syari Malaysia.

Seawal jam 10.00 malam orang ramai mulai membanjiri perkarangan luar Masjid Negara bagi memastikan mereka berpeluang menyaksikan fenomena ini di lokasi yang strategik. Pelbagai pengisian program turut diadakan sepanjang ianya berlangsung antaranya Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh, Taklimat Gerhana dari Sudut Sains dan Sudut Islam, Kuiz Gerhana, Pameran Bulan, Solat Sunat Gerhana (Solat Sunat Khusuf) serta Khutbah Gerhana..Tidak ketinggalan sesi astrofotografi turut dijalankan oleh semua peminat astronomi dan pihak media.

Siaran langsung fenomena ini turut disaksikan menerusi laman web ANGKASA di www.angkasa.gov.my bagi mermberi peluang kepada semua rakyat Malaysia menyaksikan fenomena khususnya bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Masjid Negara.

Faktor cuaca yang berawan iaitu mulai jam 1.00 pagi hingga 3.20 pagi menyukarkan kenampakan fenomena ini dan rata-rata orang awam kecewa kerana tidak berpeluang melihat perubahan fenomena Gerhana Bulan untuk kali ini. Manakala pada jam 3:20 pagi hingga 5:30 pagi planet Zuhal dan Marikh berjaya dicerap menerusi teleskop dan ianya meredakan kekecewaan orang ramai.Program yang mendapat sambutan hangat ini akan diteruskan bagi memastikan minat serta penglibatan rakyat Malaysia terhadap astronomi ini berterusan dan secara tidak langsung memahami kepentingan bidang ini dalam pembangunan sosioekonomi Negara.






Gerhana Bulan: Live webcasting dari Masjid Negara

Jangan lupa untuk menyaksikan siaran langsung (Webcasting) dari dataran Masjid Negara pada pukul 1.30 am sehingga 5.30 am (1/1/2010) melalui laman web dibawah:
Live Webcasting

Aktiviti yang akan dijalankan:
1. Pencerapan Gerhana Bulan Separa.
2. Pencerapan Marikh dan Saturn.
3. Ceramah berkenaan gerhana
4. Kuiz gerhana
5. Kutbah berkenaan gerhana dari Masjid Negara
6. Sembahyang sunat gerhana.

Blue Moon & Lunar Eclipse Tonight!

How rare is a lunar eclipse of a Blue Moon on New Year's Eve? Stay tune for LNO's images.

Gambar matahari pada 30/12/2009

Disini saya postkan beberapa keping gambar matahari yang diambil dari Balai Cerap Negara, Langkawi (LNO)pada 30/12/2009. Pada gambar tersebut ada akan dapat melihat beberapa percikan suar (flare) yang menjunang ke angkasa lepas.


Image Tompok Matahari terkini dari Balai Cerap Langkawi, Malaysia

Disini saya postkan gambaran terkini tompok matahari yang diambil dari Balai Cerap Negara, Langkawi pada pukul 2.03 PM (16/12/2009) .

"Kawasan sunspot 1035 ini dilihat berkembang yang pesat dan sekarang berukuran 7 kali ganda lebar bumi dan mengenalpasti tempat itu sebagai ahli baru Solar Cycle 24."
Klik gambar untuk besarkan.

Klik gambar untuk besarkan

500 meteor dapat dilihat di Bukit Fraser

Disini saya ingin berkongsi beberapa gambar yang mampu dirakam pada ketika itu bertempat di Bukit Fraser. Dianggarkan lebih 500 meteor dapat dilihat bermula 11.00 pm sehngga 5.00 am. Merakam meteor shower merupakan satu bidang yang agak sukar kerana hanya mampu merakam sedikit sahaja berbanding banyak yang dapat kami lihat dengan mata kasar. Malah dalam gambar ini juga, mungkin meteor tersebut sedikit sukar untuk dicari kerana terlalu halus dan kebanyakannya lebih malap berbanding bintang.




Hujan meteor Geminids


Hujan meteor Geminids akan mencapai puncaknya pada malam 14 Disember 2009 bermula pada pukul 22.00 pm sehingga subuh pada hari keesokannya. Sekiranya ada ingin melihat hujan meteor Geminids dengan lebih jelas, disarankan agar melihat dikawasan lapang, pandangan langit yang jelas serta jauh dari pencemaran cahaya.

KEM ALAMI 3 Kembali Lagi!

Sertai program cuti sekolah di Planetarium Negara, Kuala Lumpur. Terbuka kepada pelajar 10 -12 tahun sahaja.

Klik disini untuk dapatkan Borang Permohonan Penyertaan

Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa


Planetarium Negara dengan kerjasama Masjid Negara akan mengadakan program pencerapan gerhana bulan separa yang akan diadakah pada:

Tarikh: 1 hb Januari 2009
Masa: 1 am - 6 am
Lokasi: Dataran Masjid Negara, Kuala Lumpur

Orang ramai dijemput untuk menghadiri program tersebut.

Jadual tayang terbaru

Berkuat kuasa 3 November 2009, Planetarium Negara akan mengenakan bayaran bagi filem-filem tersebut. Berikut adalah jadual tayangan dan caj bayaran mengikut kategori.


Clik gambar untuk besarkan


Clik gambar untuk besarkan

Tayangan Filem Percuma!!!

Jangan lepaskan peluang untuk mendapat tiket percuma filem animasi baru di Planetarium Negara. So... jangan lepaskan peluang ini ye! Anda pasti terpukau dengan gegaran sistem tayangan animasi terbaru.

Tajuk Filem: Dawn of the space age
Masa: 30 minit
Bahasa: English

Tajuk Filem: Passport to the universe
Masa: 20 minit
Bahasa: English

Live Communication With ISS

Berita baik kepada sesiapa yang ingin melihat secara webcasting bagaimana pelajar-pelajar yang menyertai National Space Challenge Prime Minister's Trophy 2009 (NSC'09 berbual dengan angkasawan di International Space Station (ISS).
Anda boleh berbuat demikin melalui link dibawah:

Tsjuk: Live Communication With ISS (Ham Radio)
Link: http://www.angkasa.gov.my/live_webcasting
Tarikh: 8 Oktober 2009
Masa: 4.15 pm - 6.30 pm

Pertandingan Melukis Poster

Agensi Angkasa Negara melalui Planetarium Negara menganjurkan Pertandingan Melukis Poster bertajuk Alam Semesta Kita - Penemuan Hebat. Sila klik gambar dibawah untuk keterangan lanjut.

Keputusan Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2009

Berikut adalah senarai pemenang bagi Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2009:

Johan Keseluruhan:

Pertama : SMK Tunku Abdul Rahman Putra
Kedua : SMK Taman Pelangi Indah
Ketiga : SMK Sains Machang

Kategori Parachute:

Pertama : SMK Taman Pelangi Indah
Kedua : SMK Machang
Ketiga : SMK Chini 2

Kategori Payload:

Pertama : SMKJK Perempuan Chini
Kedua : SMK Taman Pelangi Indah
Ketiga : SMK Seri Muda

Kategori Rekabentuk Roket Air:

Pertama: SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
Kedua: SM Seri Samudera
Ketiga: SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan

Kategori Target:

Pertama: SMK Tunku Abdul Rahman Putra
Kedua : SMK Nasirudin Shah
Ketiga : SMK Sinar Bintang

Teknologi Pelancaran Roket 2009

Teknologi Pelancaran Roket 2009 kembali lagi! Kini seramai 26 buah sekolah berkampung di Universiti Malaya, bersaing bagi merebut Piala Pusingan Teknologi Pelancaran Roket yang membawa pulang hadiah utama sebuah teleskop bernilai RM5,000 dan berpeluang mewakili negara ke Pertandingan Teknologi Roket 2009 Antarabangsa diPhuket, Thailand.

Gambar yang diambil sekitar pertandingan:

Kem Alami II

Semperna cuti sekolah, Planetarium Negara telah menganjurkan Kem Alami II (Langit dan Bumi) yang bermula pada 30 - 31 Mei 2009. Kem yang bertemakan Sains Angkasa memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengenali bintang dan objek samawi lain secara hand-on. Selain itu, peljar turut didedahkan dengan penggunakan teleskop dan teknologi pelancaran roket. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.

Klik [ DISINI ] untuk melihat keseluruhan 582 keping gambar.