~Terokai dan pelajari sesuatu menarik pada cuti sekolah ini bersama kami~
Blog Planetarium Negara yang memaparkan aktiviti-aktiviti astronomi seperti pencerapan langit malam, planet, bintang, program outreach, pameran dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya.
Program Kids School Holiday
Untuk makluman, Planetarium Negara akan menganjurkan program Kids School Holiday yang akan berlangsung mulai 8 - 18 June 2010.
Lawatan Tabika Kemas Taman
Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil semasa Lawatan dari Tabika Kemas Taman Melati yang telah diadakan pada 22 Mei 2010 di Planetarium Negara.
Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada masa tersebut;
1. Tayangan
2. Melawat Pameran
3. Tayangan Filem
4. Pertandingan Mewarna
Kem Alami - Antara Langit dan Bumi
Untuk makluman,
Kem Alami - Antara Langit dan Bumi akan diadakan pada;
Tarikh: 6-8 Jun 2010
Lokasi: Planetarium Negara, Kuala Lumpur
Bayaran masuk: RM45.00 Sahaja.
Aktiviti yang terlibat:
* Treasure Hunt
* Nature Trail
* Mars Observation
* Fly to Space
* Quiz
* In the Sky
* Treasure Hunt
* Nature Trail
* Mars Observation
* Fly to Space
* Quiz
* In the Sky
Tarikh tutup: 1 Jun 2010
Setiap penyertaan akan diberikan (percuma);
* Sijil Penyertaan
* T-Shirt
* CD
* Sijil Penyertaan
* T-Shirt
* CD
Hari Istimewa untuk Hazim
Pada 8hb Mei 2010, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah memberi sokongan sepenuhnya kepada Make-A-Wish Foundation® Malaysia dengan mengadakan satu hari istimewe di Planetarium Negara iaitu Hazim yang telah terkena penyakit neuroblastoma selama dua tahun. Seramai lebih kurang 60 orang telah menghadiri program ini. Kebetulan ketika itu, Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor, Angkawan Negara sedang mengadakan sesi temuramah oleh TV Thailand di Planetarium Negara telah meluangkan sedikit masa bersama Hazim dan keluarganya serta rakan-rakannya dalam program tersebut.
Make-A-Wish Foundation® Malaysia merupakan satu pertubuhan amal yang baru di Malaysia yang berkaitan dengan organisasi global Make-A-Wish Foundation (laman web www.worldwish.org). Pertubuhan ini menunaikan hasrat kanak-kanak yang berumur antara 3 dan 18 tahun yang berada dalam keadaan kesihatan terancam. Sehingga hari ini, pertubuhan ini telah menunaikan hasrat yang pertama pada 5hb April di mana seorang budak perempuan muda, Aqilah yang berumur 9 tahun berhasrat untuk menjadi pramugari dalam kapal terbang. Malaysia Airlines telah berkerjasama dengan pertubuhan ini dan ia merupakan satu hari yang hebat sekali kepada semua yang terlibat. Hasrat kedua mereka berlaku pada 23hb April. Hasrat ini merupakan hasrat kepada seorang remeja lelaki yang berumur 15 tahun, Low Kah Siong yang ingin tinggal dalam satu bilik besar bersama enam ahli keluaganya di Hotel Rasa Sayang, Penang. Hotel Rasa Sayang dengan murah hati telah menyediakan mereka bilik tersebut dan makanan untuk beliau dan ahli keluarganya pada hujung minggu.
Hazim yang kini dalam peringkat penyakit barah berisiko tinggi telah mendapatkan rawatan di HUKM. Beliau merupakan seorang budak yang comel, cerdik dan penuh dengan semangat hidup semasa beliau dalam rawatan. Hasrat beliau adalah melancarkan roket dan Make-A-Wish Foundation® Malaysia telah banyak kali mendapatkan kepastian daripada beliau.
Program ini merupakan pertama kalinya Planetarium Negara berkerjasama dengan Make-A-Wish Foundation® Malaysia dan telah berjaya melaksanakan satu hari yang istimewa kepada Hazim dengan menyediakan ruangan tempat, aktiviti pelancaran roket air, lawatan sekeliling kompleks planetarium dan satu pertunjukan planetarium yang khas disediakan untuk beliau dan keluarga serta rakan-rakannya. Satu bilik aktiviti juga disediakan dan dihiaskan oleh Make-A-Wish Foundation® Malaysia di mana satu jamuan kecil telah diadakan berdasarkan tema roket dan angkasa terutamanya untuk beliau dan keluarganya serta rakan-rakannya.
Labels:
Planetarium Negara,
Program
NATIONAL SPACE CHALLENGE 2010 (NSC’10) PRIME MINISTER’S TROPHY
Pertandingan National Space Challenge 2010 kembali lagi. Berikut adalah peraturan-peraturan dan syarat-syarat pertandingan tersebut;
PERATURAN UMUM DAN SYARAT-SYARAT
1. Pertandingan terbuka kepada semua sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Pertandingan terbahagi kepada tiga (3) peringkat seperti berikut:
i. Ujian Kelayakan (Qualifying Test) : 23 Jun 2010, 10.00 pagi;
ii. National Space Camp : 4 – 5 Oktober 2010*;
iii. Peringkat akhir NSC (NSC Final) : 6 Oktober 2010*.
* Tertakluk kepada perubahan semasa.
3. Penyertaan pelajar adalah secara berpasukan, iaitu setiap pasukan terdiri daripada dua (2) orang pelajar (Tahun 4 sahaja) dan diiringi seorang (1) guru pembimbing yang layak dan beropsyen sains.
4. Sebarang pertukaran pelajar dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan.
5. Bahasa yang digunakan dalam mana-mana peringkat dan bahagian pertandingan adalah Bahasa Inggeris sahaja.
6. Hanya satu (1) pasukan terbaik sahaja dari setiap negeri yang memperolehi markah kumulatif tertinggi dalam Ujian Kelayakan akan dipilih untuk menyertai National Space Camp di Kuala Lumpur.
7. Pasukan yang terpilih ke peringkat seterusnya akan dimaklumkan melalui surat dan diumumkan di laman web Planetarium Negara iaitu www.angkasa.gov.my/planetarium.
8. Kos pengangkutan dan perjalanan dari rumah ke destinasi National Space Camp bagi pasukan yang terpilih adalah atas tanggungan sendiri.
9. Kemudahan penginapan, makan minum dan pengangkutan semasa di National Space Camp dan di peringkat akhir NSC di Kuala Lumpur akan disediakan oleh pihak penganjur untuk pasukan yang layak sahaja.
10. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal.
11. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua peringkat dan bahagian pertandingan.
MAKLUMAT UJIAN KELAYAKAN NSC’10
1. Ujian Kelayakan NSC’10 akan diadakan pada 23 Jun 2010 (Rabu), jam 10.00 pagi selama 1½ jam serentak di seluruh negeri.
2. Lokasi Ujian kelayakan NSC’10 adalah di sekolah masing-masing dan di bawah pengawasan pihak sekolah.
3. Bilangan penyertaan pasukan setiap sekolah tidak dihadkan tetapi ia tertakluk kepada bilangan kertas ujian yang akan diedarkan kepada pihak sekolah oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Bagaimanapun, pihak sekolah adalah dibenarkan membuat salinan kertas ujian tersebut sekiranya tidak mencukupi.
4. Kertas Ujian Kelayakan NSC’10 mengandungi 40 soalan objektif dan 10 soalan subjektif (jawapan pendek) dalam Bahasa Inggeris dan peserta wajib menjawab semua soalan.
5. Peserta TIDAK dibenarkan meniru dan berbincang bersama peserta lain termasuk pasangan sepasukan.
6. Soalan-soalan adalah berdasarkan sukatan kurikulum sekolah serta topik-topik astronomi dan sains angkasa secara umum. Berikut disenaraikan topik-topik yang berkaitan sebagai rujukan:
i. The Solar System
ii. Constellation
iii. The Earth, the Moon & the Sun
iv. Eclipses
v. Stars & Galaxies
vi. Space Technology
vii. Telescope
viii. Basic Astronomical Theory
7. Pihak sekolah dikehendaki mengumpulkan semua kertas jawapan yang diisi lengkap dan dikembalikan kepada pihak penganjur di alamat seperti yang tertera di bawah selewat-lewatnya 1 Julai 2010 (Khamis).
Urusetia NSC’10
Planetarium Negara
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2273 4303 / 5484 Faks: 03-2273 5488
Laman web: www.angkasa.gov.my/planetarium

Subscribe to:
Posts (Atom)