Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2010 Kini Kembali!

Untuk makluman semua, Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (PTPR) yang merupakan program tahunan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Universiti Malaya akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut carta perlaksanaan dibawah;



Carta Perlaksanaan Program
  • PTPR’10 Peringkat Negeri - Jun – Ogos 2010
  • PTPR’10 Peringkat Kebangsaan - September 2010 (Padang Varsiti, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)
  • APRSAF-17 Water Rocket Event - November 2010 (Melbourne, Australia )
Dalam pertandingan ini, para pelajar dikehendaki mencipta model roket air yang sempurna dengan menggunakan botol minuman berkarbonat 1.5 liter agar ia dapat memininumkan daya geseran dengan gaya kreativiti dan inovasi yang tinggi. Seterusnya model roket air itu akan menyempurnakan beberapa misi pelancaran ke udara dengan menggunakan alat pelancar roket air berserta kombinasi tekanan air dan udara sahaja. Terdapat pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu difahami dan diadaptasi terlebih dahulu oleh pelajar sebelum menghasilkan roket air tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Urusetia PTPR’10
Planetarium Negara
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Tel : +603-2273 4303
Faks : +603-2273 5488
atau layari http://www.angkasa.gov.my/planetarium

Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010

Pada 26 Jun 2010 nie, kita kat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 7:22 pm hingga 10:20 pm. Secara amnya gerhana bulan tersebut akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan akan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah dibawah:


Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:57 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.