Gerhana Bulan Separa 26 Jun 2010

Pada 26 Jun 2010 nie, kita kat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 7:22 pm hingga 10:20 pm. Secara amnya gerhana bulan tersebut akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama Bulan akan melintasi bayang Bumi seperti yang terdapat dalam Rajah dibawah:


Gerhana pada 26 Jun ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 04:57 p.m. waktu Malaysia. Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan Bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap dan kebetulan juga pada waktu itu Bulan masih belum terbit lagi dari ufuk.

Fenomena gerhana tersebut hanya dapat disaksikan apabila Bulan mulai terbit pada jam 7:22 pm dan Bulan telah pun memasuki bayang umbra Bumi (U1) sejak jam 6:17 pm lagi. Gerhana maksimum akan berlaku pada jam 7:38 pm. Fenomena gerhana ini dapat disaksikan sehingga 9:00 pm apabila Bulan keluar sepenuhnya dari umbra Bumi (U4).

Fasa-fasa Gerhana Bulan Separa boleh diperhatikan seperti di Rajah 2 dengan keterangan seperti di Jadual 1


Gerhana masih terus berlaku sehingga 10:20 pm tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana Bulan berada di kawasan bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.

No comments: