Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra

Klik gambar untuk besarkan

Pada 9 Februari yang lalu, Planetarium Negara telah menganjurkan Program Pencerapan Gerhana Bulan Penumbra bermula pada 8:30 pm sehingga tengah malam. Sebanyak 6 teleskop telah disediakan untuk kegunaan orang awam oleh ANGKASA, Falak Online, Persatuan Star Finder dan Persatuan Prostar KL. Sepanjang program tersebut berlangsung, pelbagai aktiviti lain telah diadakan seperti taklimat gerhana bulan, kuiz astronomi, lawatan ke galeri pameran, tayangan filem "SOS Planet". Dianggarkan sebanyak 500 pengunjung telah membanjiri Planetarium Negara untuk menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumra ini.

No comments: