Hari Istimewa untuk Hazim

Pada 8hb Mei 2010, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) telah memberi sokongan sepenuhnya kepada Make-A-Wish Foundation® Malaysia dengan mengadakan satu hari istimewe di Planetarium Negara iaitu Hazim yang telah terkena penyakit neuroblastoma selama dua tahun. Seramai lebih kurang 60 orang telah menghadiri program ini. Kebetulan ketika itu, Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor, Angkawan Negara sedang mengadakan sesi temuramah oleh TV Thailand di Planetarium Negara telah meluangkan sedikit masa bersama Hazim dan keluarganya serta rakan-rakannya dalam program tersebut.

Make-A-Wish Foundation® Malaysia merupakan satu pertubuhan amal yang baru di Malaysia yang berkaitan dengan organisasi global Make-A-Wish Foundation (laman web www.worldwish.org). Pertubuhan ini menunaikan hasrat kanak-kanak yang berumur antara 3 dan 18 tahun yang berada dalam keadaan kesihatan terancam. Sehingga hari ini, pertubuhan ini telah menunaikan hasrat yang pertama pada 5hb April di mana seorang budak perempuan muda, Aqilah yang berumur 9 tahun berhasrat untuk menjadi pramugari dalam kapal terbang. Malaysia Airlines telah berkerjasama dengan pertubuhan ini dan ia merupakan satu hari yang hebat sekali kepada semua yang terlibat. Hasrat kedua mereka berlaku pada 23hb April. Hasrat ini merupakan hasrat kepada seorang remeja lelaki yang berumur 15 tahun, Low Kah Siong yang ingin tinggal dalam satu bilik besar bersama enam ahli keluaganya di Hotel Rasa Sayang, Penang. Hotel Rasa Sayang dengan murah hati telah menyediakan mereka bilik tersebut dan makanan untuk beliau dan ahli keluarganya pada hujung minggu.

Hazim yang kini dalam peringkat penyakit barah berisiko tinggi telah mendapatkan rawatan di HUKM. Beliau merupakan seorang budak yang comel, cerdik dan penuh dengan semangat hidup semasa beliau dalam rawatan. Hasrat beliau adalah melancarkan roket dan Make-A-Wish Foundation® Malaysia telah banyak kali mendapatkan kepastian daripada beliau.

Program ini merupakan pertama kalinya Planetarium Negara berkerjasama dengan Make-A-Wish Foundation® Malaysia dan telah berjaya melaksanakan satu hari yang istimewa kepada Hazim dengan menyediakan ruangan tempat, aktiviti pelancaran roket air, lawatan sekeliling kompleks planetarium dan satu pertunjukan planetarium yang khas disediakan untuk beliau dan keluarga serta rakan-rakannya. Satu bilik aktiviti juga disediakan dan dihiaskan oleh Make-A-Wish Foundation® Malaysia di mana satu jamuan kecil telah diadakan berdasarkan tema roket dan angkasa terutamanya untuk beliau dan keluarganya serta rakan-rakannya.


No comments: