NATIONAL SPACE CHALLENGE 2010 (NSC’10) PRIME MINISTER’S TROPHY

Pertandingan National Space Challenge 2010 kembali lagi. Berikut adalah peraturan-peraturan dan syarat-syarat pertandingan tersebut;


PERATURAN UMUM DAN SYARAT-SYARAT

1. Pertandingan terbuka kepada semua sekolah rendah Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Pertandingan terbahagi kepada tiga (3) peringkat seperti berikut:

i. Ujian Kelayakan (Qualifying Test) : 23 Jun 2010, 10.00 pagi;
ii. National Space Camp : 4 – 5 Oktober 2010*;
iii. Peringkat akhir NSC (NSC Final) : 6 Oktober 2010*.
* Tertakluk kepada perubahan semasa.

3. Penyertaan pelajar adalah secara berpasukan, iaitu setiap pasukan terdiri daripada dua (2) orang pelajar (Tahun 4 sahaja) dan diiringi seorang (1) guru pembimbing yang layak dan beropsyen sains.

4. Sebarang pertukaran pelajar dalam pasukan adalah TIDAK dibenarkan.
5. Bahasa yang digunakan dalam mana-mana peringkat dan bahagian pertandingan adalah Bahasa Inggeris sahaja.
6. Hanya satu (1) pasukan terbaik sahaja dari setiap negeri yang memperolehi markah kumulatif tertinggi dalam Ujian Kelayakan akan dipilih untuk menyertai National Space Camp di Kuala Lumpur.
7. Pasukan yang terpilih ke peringkat seterusnya akan dimaklumkan melalui surat dan diumumkan di laman web Planetarium Negara iaitu www.angkasa.gov.my/planetarium.
8. Kos pengangkutan dan perjalanan dari rumah ke destinasi National Space Camp bagi pasukan yang terpilih adalah atas tanggungan sendiri.
9. Kemudahan penginapan, makan minum dan pengangkutan semasa di National Space Camp dan di peringkat akhir NSC di Kuala Lumpur akan disediakan oleh pihak penganjur untuk pasukan yang layak sahaja.
10. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa tanpa notis awal.
11. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua peringkat dan bahagian pertandingan.


MAKLUMAT UJIAN KELAYAKAN NSC’10

1. Ujian Kelayakan NSC’10 akan diadakan pada 23 Jun 2010 (Rabu), jam 10.00 pagi selama 1½ jam serentak di seluruh negeri.
2. Lokasi Ujian kelayakan NSC’10 adalah di sekolah masing-masing dan di bawah pengawasan pihak sekolah.
3. Bilangan penyertaan pasukan setiap sekolah tidak dihadkan tetapi ia tertakluk kepada bilangan kertas ujian yang akan diedarkan kepada pihak sekolah oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Bagaimanapun, pihak sekolah adalah dibenarkan membuat salinan kertas ujian tersebut sekiranya tidak mencukupi.
4. Kertas Ujian Kelayakan NSC’10 mengandungi 40 soalan objektif dan 10 soalan subjektif (jawapan pendek) dalam Bahasa Inggeris dan peserta wajib menjawab semua soalan.
5. Peserta TIDAK dibenarkan meniru dan berbincang bersama peserta lain termasuk pasangan sepasukan.
6. Soalan-soalan adalah berdasarkan sukatan kurikulum sekolah serta topik-topik astronomi dan sains angkasa secara umum. Berikut disenaraikan topik-topik yang berkaitan sebagai rujukan:
i. The Solar System
ii. Constellation
iii. The Earth, the Moon & the Sun
iv. Eclipses
v. Stars & Galaxies
vi. Space Technology
vii. Telescope
viii. Basic Astronomical Theory

7. Pihak sekolah dikehendaki mengumpulkan semua kertas jawapan yang diisi lengkap dan dikembalikan kepada pihak penganjur di alamat seperti yang tertera di bawah selewat-lewatnya 1 Julai 2010 (Khamis).
Urusetia NSC’10
Planetarium Negara
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)
53, Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2273 4303 / 5484 Faks: 03-2273 5488
Laman web: www.angkasa.gov.my/planetarium

No comments: