Pencerapan Langit Malam di SMK Putrajaya Presint 11

Pada kali ini team planetarium negara telah dipelawa untuk mengadakan pencerapan pada 17 April 2010 (Sabtu) di SMK Putrajaya Presint 11. Team tersebut diwakili oleh En. Mohd Zamri Shah Mastor, En. Mohammad Redzuan B. Tahar, Jong Tze Kian, Cik. Farahana Bt. Kamarudin & Pn. Rahayati Ali.

Setiba di lokasi pada pukul 4.00 petang, kami telah memulakan persediaan awal dengan memasang teleskop pencerapan dan peralatan yang berkaitan. Pencerapan bermula pada pukul 7.30 petang dan kami semua sempat mencerap planet Marikh (Mars), Zuhal (Saturn) pada jam kira-kira 8 malam. Tetapi selepas itu awam tebal meliputi keseluruhan langit. Kami terpaksa tunggu dengan harapan besar agar dapat mecerap kedua-dua planet lagi tetapi awan masih tidak hilang dari pandangan sehingga
lewat malam. Memandangkan pencerapan tidak dapat dilakukan selepas itu, satu sesi ceramah telah diatur dan dijalankan di dalam dewan sekolah. Nasib baik kami semua telah mengambil langkah berjaga-jaga (plan B) dengan membawa sekali laptop pejabat yang ada stellarium software untuk digunakan dalam ceramah tersebut. Ceramah tersebut telah diadakan dengan jayanya oleh En. Mohd Zamri Shah Mastor, En. Mohammad Redzuan B. Tahar selaku penceraman sehingga pukul 11.45 malam. Tepat jam 12.00 malam, kami semua bertolak balik ke pejabat kira-kira 1 pagi.

Dibawah adalah sebahagian dari gambar-gambar yang diambil sepanjang pencerapan dan ceramah ringkas tersebut.