Maklumbalas terhadap aduan Planetarium Negara

Berikut adalah maklumbalas terhadap aduan tersebut:

Salam 1Malaysia tuan,

Terlebih dahulu pihak kami di Planetarium Negara mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas maklum balas yang diberikan oleh tuan berhubung perkara ini. Keinginan serta keprihatinan tuan berkaitan bidang sains angkasa dan astronomi amatlah dibanggakan dan sekaligus secara tidak langsung memberikan maklumat berkaitan kepentingan dalam pengawasan pengunjung yang kebanyakan terdiri daripada golongan kanak-kanak.

Untuk makluman pihak tuan, pihak kami mengamalkan konsep pembelajaran menerusi pengalaman. Justeru itu pengunjung bebas meneroka setiap ceruk pameran untuk memperolehi setiap maklumat. Tidak cukup dengan maklumat yang terdapat di display board malah kami turut menyediakan simulasi serta replika untuk memberi pendedahkan kepada para pengunjung bagaimana realiti sebenar sesuatu konsep yang ingin diperjelaskan dengan kekangan ruang.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi semasa ‘bermain’ dengan bahan pameran di galeri. Seperti yang telah diterangkan di atas, konsep pembelajaran cuba disampaikan melalui paparan digital dan alat ‘hands on’. Setakat ini hanya satu (1) unit paparan digital yang tidak berfungsi, manakala 20 unit paparan digital yang lain adalah berfungsi dengan baik. Namun, pembangunan kandungan dalam bahawa Inggeris sedang dijalankan secara berperingkat. Pihak kami sedang mencari penjelasan mengenai isu ‘kerosakan’ yang dihadapi oleh pihak tuan dari skop/bahagian Teknikal. Ada kemungkinan paparan digital mengalami ‘hang’ akibat penggunaan kerap memandangkan tarikh lawatan pihak tuan adalah sewaktu cuti sekolah.

Sementara pada masa ini bahan pameran ‘hands on’ di Planetarium Negara pula sedang dalam ujian awam. Ini memberi peluang dan ruang kepada kami untuk melihat kekurangan kami memandangkan ia satu-satunya yang terdapat di Malaysia dan dihasilkan dengan idea dan pemikiran tempatan pada harga yang lebih rendah. Ini merupakan komitmen ANGKASA terhadap kualiti tanpa kompromi harga. Bagaimanapun tindakan susulan akan diambil bagi memastikan tiada pengunjung lain yang terpaksa menghadapi kesulitan serupa di masa akan datang.

Tayangan SOS Planet yang ditayangkan di teater angkasa adalah filem format besar. Dalam era digital, tayangan jenis ini agak terhad di pasaran dan sedikit sukar mendapatkan tajuk bertemakan astronomi dengan kekangan peruntukan. Sebagai alternatif para penonton disajikan tayangan planetarium yang berformat digital seperti Fly Me To The Moon, Passport To The Universe dan Dawn Of The Space Age.

Sekali lagi kami meminta maaf kerana pihak tuan yang perlu membayar RM6 untuk tayangan dan pameran. Kami berharap tuan tidak serik untuk datang lagi diharapkan di masa hadapan pihak tuan dapat mengatur tarikh yang sesuai supaya dapat meneroka Planetarium Negara dengan selesa. Maklum balas sebegini akan menjadi panduan kepada pihak Planetarium Negara untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatan kami kepada rakyat.

Sekian, terima kasih.

Aduan pengunjung yang diterima melalui Utusan Malaysia bertarikh 23 hb Mac 2010.

1 comment:

Amin said...

Bukan semua tempat pameran tu perfect...